packing

selalu tgk dlm drama kalo nk resign..
kemas brg msok dlm kotak..
tp xde kotak..ade paper beg yg dh koyak..
ok la tu..lagi pong bkn ade brg sgt..
kekeke~ budget mcm exekutip plak.. =p

can't wait for tomorrow..
tomorrow (23/12/2011) is last day duduk kt kerusi empuk ni..

counting the days..

5 days to go...
can't wait for that moment...hehehe..

nothing to says...
just final 'click' using company properties...
hahahahaaa =p

kaca mata

1 mgu telah berlalu peristiwa menyayat hati....

biarlah peristiwa hitam itu menjadi rahsia... ='(

mungkin itu takdirnya...
ewah..mcm lirik dlm lagu asfan.."terhenti disini.."

perkara yg berlaku tanpa diduga...
nk salahkn diri yg lalai...tiada gunanya...
redhakn je la pemergiannye...
tak lama lg akan ada pengganti...

walau apa pon yg terjadi...
aku tetap bersyukur dgn nikmat yg allah berikan..
buat masa skrg, aku gunakan yg original ciptaan allah...
free tanpa bayaran tp nikmat itu dh ditarik balik sikit oleh yg maha pencipta..
dari-nya kita dtg & kepada-nya kita akan kembali...
semua yg kita ada skrg.. adalah hak allah..kita pinjam je..

alhamdulillah... skrg dh ok.. xde masalah...
mule2 kehilangan hr tu je ada masalah..
semoga penggantinya nt ok2 aje...

~its all about my spectacles~

peringatan utk diri sendiri

dahsyatnya hari kiamat & padang mahsyar

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

- Pemimpin yang adil.

- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.

- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.


Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

syukur pada-mu ya allah

rse nk berblogging lg...


syukur pada-Mu ya ALLAH...memberi kesihatan yg baik kepadaku..
menyingkap kembali pengalaman mgu lps 8/11/2011 ketika aku blk nek bas drp smpg4 ke KL..

ada sepasang orang kelainan upaya (OKU) ...buta matanye..
mereka rupanye adik beradik..kakak dgn adik...
aku menolong mereka drp trn bas ke tmpt beli tiket kt sg buluh...
mereka lebih arif rupeneye...mereka tau bas berenti kt sg buluh...
melihat keadaan mereka..otakku berfikir...

bagaimana kehidupan mereka di KL ni?
dunia mereka gelap... tp hati mereka terang...
deria mereka yg lain mesti lebih peka...
mereka msti sgt tabah & sabar menempuh dugaan hidup di KL ni..

mereka sgt beruntung kerana tak melihat perkara lagha mcm kami yg celik...
allah pelihara penglihatan mereka...
allah maha adil...subhanallah..

1 tahun telah berlalu..



teusday 15/11/2011

cepat btol masa berlalu... tanggal 15/11/2010 (isnin) aku mula bekerja di sini (maxis subang hi-tech)... my first job.pengalaman mengajar aku erti kehidupan...dh setahun berlalu...mcm2 perkara aku lalui...alhamdulillah..aku bersyukur dikurniakn kwn2 yg baik...yg lepas biarkan lah ia menjadi sejarah dlm hidupku..hanya tuhan yg tahu...

"Selagi dunia tidak kiamat, selagi itu peluang masih ada. Kenapa harus memandang dosa yang lalu sedangkan kita masih punya waktu?"

"Pandangan manusia. Cuba jadi tegas! Manusia kalau kita buat baik, ada orang tidak suka. Kalau kita buat jahat apatah lagi, mesti ramai juga yang tidak suka. Jadi, buat hanya apa yang Allah suka walaupun manusia tidak suka. Pegang prinsip itu! Kerana kita bukan hamba manusia, kita hamba Dia! Ini bukan marah tetapi tegas dan semangat!."

rase nk speking plak.. ehem..ehemmm...

i have to improve myself...i must increase my iman & amal... becoz dunia is temporary place for all mankind... all of us only have one destiny. that is akhirat kekal abadi. from deep of my heart, i'm not a good worker becoz i will no longer stay here. i wanna moving forward a step.. my journey still long way to go...

"Kita selamanya tidak akan pernah tahu apa yang bakal terjadi pada masa hadapan. Tetapi kita boleh mengubahnya mulai hari sekarang. Apa yang kita buat hari ini, itulah yang bakal terjadi pada hari esok. Yang penting, tanya pada diri, jika ingin melakukan kebaikan, di manakah usaha? Begitu juga dengan soal rezeki dan jodoh. Qada muallaq iaitu ketentuan Allah yang tercatat di lauhul mahfuz dan kita boleh mengubahnya. Tetapi itu semua bergantung kepada sejauh mana usaha dan doa."

rezeki & jodoh aku serah kepada sang maha pencipta...kerana Dia maha mengetahui...aku akan berdoa dan berusaha untuk mendapatkn yg terbaik utk diriku..semoga ia akan istiqamah...

"ya ALLAH..aku hanya hamba-MU yg lemah & hina... semoga amal ibadatku diterima sebagai bekalan menuju akhirat kelak"


all quotes retrieved from i luv islam

resipi yg sgt simple

one day i nk buat bende nih...
hehe..x sbrnye nk blk kg..buat kt rmh...kekekeke~

Aiskrim Goreng

  1. Bahan-bahan
  2. Roti - tak kira brand apa
  3. Ais krim
  4. 1 sudu tepung jagung
  5. Sedikit air - utk bancuhan tepung jagung
  6. Penggelek


yang belum digoreng
Cara-cara :
  1. Gelek roti tadi sehingga nipis
  2. Kemudian bubuh airkrim ditengah2 roti dan tutup semula dengan roti yang lain
  3. Sapukan air jagung dihujung roti - tujuan supaya melekat
  4. Dan akhir sekali tekan dengan garpu dihujung roti tadi
  5. Simpan dalam peti ais (beku) selama 1 malam
  6. Goreng dengan minyak yg banyak tapi pastikan api jgn terlalu besar


setiap masalah mesti ada jalan penyelesaiannya

Hukum darah haid dan istihadhah...


Berdasarkan karangan Imam Ibnu Rusyd rahimahumullah dalam kitabnya "Bidayatul Mujtahid Wa Nihayatul Muqtasid" wafat 595 H, para ulama berselisih pendapat berkaitan tempoh maksimum dan minimum bagi wanita yang didatangi haid. Bagi Imam Malik dan Imam Syafie tempoh maksimum 15 hari. Manakala Imam Abu Hanifah pula berpendapat, paling lama seorang wanita mengalami haid ialah 10 hari.

Camtu jugak tempoh minimum bagi darah haid. Ianya berbeza berdasarkan pandangan ulama2 mujtahidin ini. Imam Malik menyatakan tiada tempoh minimum bagi darah haid...maknanya seorang perempuan boleh didatangi haid walaupun 'sekali keluar' atau dalam tempoh yg sekejap. Tetapi Imam Malik tidak memasukkan tempoh yg 'sekali keluar' itu di dalam kiraan 3 kali Quru' untuk iddah perempuan yg diceraikan suaminya. Manakala Imam Syafie berpendapat tempoh minimum utk haid ialah satu hari satu malam dan Imam Abu Hanifah pula mengatakan tempohnya adalah 3 hari.

Kalau tadi kita bincang pasal tempoh minimum haid, sekarang kita tengok pula tempoh minimum suci bagi seorang wanita. Terdapat riwayat yg berbagai dari Imam Malik berkaitan hari2 suci bagi seorang wanita. Ada pendapat mengatakan tempohnya ialah 10 hari, ada riwayat yg lain pula menyebut hanya sekadar 8 hari. Ada juga riwayat dari Imam Malik yg mengatakan tempoh minimum suci itu ialah 15 hari. Kesimpulannya dalam mazhab maliki terdapat 3 pendapat yg berbeza berkaitan hari minimum suci utk seorang wanita.

Bagi Imam Syafie tempoh minimum suci seorang wanita adalah 15 hari...Begitu juga pandangan ulama2 Baghdad. Manakala Imam Abu Hanifah dikatakan berpandangan sebanyak 17 hari. Dan itulah tempoh suci paling banyak berdasarkan Ijmak Ulama menurut Imam Ibnu Rusd.Manakala tempoh maksimum suci bagi seorang wanita adalah tiada had! Maksudnya seorang wanita boleh berada dalam keadaan suci selama makna dia tidak didatangi darah kotor ini...sebab keadaan seorang wanita dengan wanita yg lain adalah berbeza berdasarkan faktor kesihatan dan gaya hidup yg diamalkan.

Dan Imam Malik membahagikan perempuan haid itu kepada dua: 1) Perempuan yg pertama kali mengalami haid...2) Perempuan yg dah biasa mengalami haid...Menurut beliau, perempuan yg baru pertama kali didatangi haid wajib meninggalkan solat sebaik saja mendapati ada darah pada dirinya sehinggalah cukup 15 hari, sekiranya darah itu tidak berhenti selepas 15 hari, maka dia wajib mandi serta sembahyang dan darahnya itu dianggap darah istihadhah. Begitu juga pendapat Imam Syafie....cuma Imam Malik berpendapat seorang perempuan itu wajib solat apabila dia berasa yakin yg darah yang keluar itu adalah darah penyakit atau istihadhah.

Bagi Imam Syafie pula, apabila perempuan itu yakin yg darahnya bukan darah haid, dia wajib mengulangi semua solat yg ditinggalkan sejak hari kedua darah itu keluar...sebab mula2 dia ingat darah yg keluar itu adalah haid..rupa2nya darah istihadhah...jadi kenalah dia qada' semua sembahyang tersebut.... Kenapa dikira pada hari kedua..? sebab bagi Imam Syafie tempoh minimum haid ialah satu hari satu malam...maknanya tempoh 24 jam yg mula2 itu dianggap darah haid...

Sebenarnya panjang lg tajuk ini kalu nak dibincangkan...jadi elok kalau aku sambung pada sesi yg akan datang, memandangkan sekarang ini waktu dah hampir berbuka...aku pulak skrg nih dah jadi full timer suri rumahtangga...kenala masak sendiri!!...hahhaha...oklah nanti aku sambung lagi bab nih sampai habis agar kita para2 suami dan isteri serta anak2 dapat faham insyaALLAH...

perkongsian yg hebat

Pelik tapi benar.....Tidak ada tempat di dunia yang punyai graviti yang paling tinggi, jarum kompas tidak bergerak, titik kesempurnaan 1.618, menjadi pusat bumi dan pusat segala planet yang tidak ada diketahui bilangan banyakkanya di sistem solar berpusat di suatu tempat iaitu Mekah telah dibuktikan oleh Niel Amstrong.

Prof Norhisham (ahli fizik) membuktikan bahawa pengaruh graviti banyak memainkan peranan untuk merangsang kelenjar pineal yang terletak di otak tengah un tuk mengawal kekuatan sistem imun. Memang sudah dibuktikan apabila berada di Mekah yang sakit akan jadi sihat clan yang lemah akan bertenaga. Apabila graviti tinggi maka banyak elektron ion negatif yang berkumpul di situ. Sebab itulah doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dan masa serentak. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kem bali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

Ketika berada di sisi Kaabah perasa an akan segera berubah menjadi hening, tenang, sayu, rendah diri, kerdil pada kebesaran tuhan. Semua itu ada lah pengaruh dari tekanan graviti yang tinggi. Meskipun ada niat jahat Yahudi atau Kristian untuk menghancurkan Mekah, cubaan itu tidak akan berjaya. Setinggi mana teknologi ketenteraan negara-negara maju tetapi tidak dapat menembusi Mekah.

Andai kata ada peluru berpandu yang dihalakan ke Mekah untuk menghancurkannya, itu pun tidak akan berjaya. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah. Begitulah hebatnya tempat yang Allah pilih sebagai kiblat bagi umat Islam. Sudah pastinya manusia biasa tidak mampu mencipta sesuatu sehebat itu. Malah teknologi satelit pun tidak boleh merieropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

“Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilha ram walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk. Sujud, dahi mencecah lantar masih terasa dingin mamar yang dipanah matahari kerana tekanan graviti tinggi itu,” terangnya.

Selama ini kita hanya diajar tentang melakukan ibadat haji, rukunnya, seja rahnya, perkara yang dilarang semasa ihram clan penjagaan kesihatan ketika di Mekah. Mengapa tidak pernah ada ulama atau tokoh agama yang mem beritahu apa rahsia di sebalik rukun haji itu. Hikmah-hikmah yang selalu di laung-laungkan tentang haji sudah terlalu biasa sangat. Haji dilihat sebagai satu pengorbanan, memerlukan kesabaran yang tinggi, persaudaraan, mengabdikan diri, melawan nafsu, dugaan, persamaan, perpaduan, kesu dan rohani, menghambakan diri dan satu cita-cita. Semua yang dijelaskan terlalu subjektif.

Di sebalik tuntutan rukun haji dan larangan di dalam ihram berdasarkan hubungannya di dalam sains. Ia sudah pasti dimulakan dengan niat. Nampak mudah tetapi besar impaknya pada keseluruhan ibadat. Niat di sini bukan saja niat ihram tetapi juga niat kali pertama yang ter lintas di hati untuk menunaikan haji. Menurut Prof Norhisham, apabila niat untuk mengerjakan haji sudah terlintas di hati, ia sebenarnya sudah sampai ke Kaabah. Untuk mendapatkan haji yang mabrur bermula dari niat semasa di tanah air. Akuinya, memang ramai yang mampu untuk mengerjakan haji namun untuk mendapatkan yang mabrur cukup sukar. Budaya masyarakat Melayu sebenarnya banyak menghalang tujuan mendapat kan haji yang mabrur.

Katanya ramai yang tidak faham tentang ibadat tersebut. Ibadat haji mempunyai hubungan yang sangat rapat antara manusia dengan tuhan. Justeru tidak boleh ada rasa riak dan bangga diri. Jika membuat kenduri pun tidaklah sampai menjemput satu kampung.

‘Niat ke sana untuk apa? Belum pun habis kita menyusun niat sebenamya Kaabah sudah boleh mengesan apa yang di dalam hati kita. Niat itu ibarat bar kod yang akan diimbas semasa di sana nanti.

“Kita pergi ke sana untuk penyerahan diri pada tuhan, rasa kerdil pada kebesaran Nya. Secara automatik akan menyebabkan kita lupa pada urusan dunia dan kesusahan yang ditempuhi. Pemusatan fikiran hanya kepada Allah tuhan yang satu, ia akan datang dengan sendirinya apabila berada di Mekah kerana semua itu ada kaitan dengan kekuatan Kaabah sebagai pusat bumi,” ujarnya.

Kaabah bukan se kadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati. Mengapa bermalam di Muzdalifah dan Mina menjadi satu perkara yang wajib sebelum melontar ketiga-tiga jamrah. Di sebalik semua itu ada tujuan apabila Allah menurunkan perintah nya. Menurut Prof Norhisham, wajib haji itu bertujuan mendapatkan cukup rehat bagi memulihkan tenaga sebelum kembali semula ke Masjidilharam menunaikan tawaf dan sai.

“Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang. Pengaruh graviti itu penting untuk menentukan kedudukan kan tulang belakang bagi menghasilkan sel darah. Ini adalah sebagai langkah persediaan untuk melakukan rukun haji yang berikutnya sebab itulah diwajibkan bermalam.

“Semasa tawaf nanti memerlukan tenaga yang banyak untuk mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali. Bila bermalam di Mina seolah-olah kita sudah dapat bateri baru untuk melakukan rukun yang lebih mencabar lagi,” jelasnya. Manakala mengenai tawaf pula memang banyak keistimewaannya. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. Sebenarnya pusat bumi itu bukan sekadar untuk bumi saja tetapi ia seakan satu ruang atau suis yang mengawal seluruh cakerawala, bintang, matahari, planet dan ruang angkasa.

Bermakna pusat bumi itu ada tenaga yang cukup kuat yang tidak boleh dili hat, dengar, rasa tetapi boleh dikesan frekuensinya. Prof Norhisham turut menjelaskan pergerakan lawan jam di dalam jum lah tujuh pusingan. Katanya, semua yang ada di alam ini bergerak mengi*kut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu. Elektron mengelilingi nukles, molekul protein terbentuk dari kiri ke kanan, darah beredar juga dari arah yang sama di dalam badan, sperma juga beredar mengikut lawan jam, matahari, bulan dan planet semuanya berputar mengikut hukum yang sama.

Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut awan jam, bermak na peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.Razman Manakala bilangan tujuh itu ada lah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu ba nyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya,” terang Prof Norhisham. Manakala di dalam menunaikan rukun haji, ada perkara yang dilarang semasa berihram seperti tidak boleh tutup kepala, muka dan tapak tangan. Rambut, janggut tidak boleh disapu minyak, tidak boleh menanggalkan bulu dan rambut, memotong kuku dan memakai pakaian bersarung yang ber jahit- khususnya bagi lelaki. Semua larangan itu ada penerangan-nya. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut clan bulu roma adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang balk yang dipancarkan terus dari Kaabah. Begitu juga, muka clan tangan mem punyai fungsi yang sama. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar clan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pan tang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk member sihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelom bang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

Penggunaan kain kapas sebagai kain ihram selain untuk menonjolkan persamaan di sisi tuhan, wujud rahsia yang lebih mendalam. Kain kapas menurut Prof Norhisham adalah simbolik tanah hitam yang berunsur karbon. Kapas adalah unsur yang paling bersih. Sudah dikaji, kain kapas boleh membiaskan atau meman tulkan semula radiasi gelombang jarak jauh atau gelombang infra merah. Gelombang ini memang sudah dikenal pasti mempunyai kesan yang tidak baik kepada badan.